WELCOME TO MY BLOG~ FOLLOW AND LEAVE A COMMENT

Wednesday, January 20, 2010

Kasih...Kau dihatiku...1

" KAKAK...STOP!!!!!!!!" Kejadian yang berlaku tadi mendesak Syakira untuk
memberitahu kakaknya supaya menghentikan kereta mereka dengan segera. Dia
segera bergegas keluar dari perut kereta mereka menuju ke arah wanita tua yang tergolek
di tepi jalan.
" Kak ila, cepatlah datang tolong nenek ni. kita kena bawak dia ke hospital dengan segera." Syakira
memanggil kakaknya dengan nada yang cemas sambil memangku tubuh wanita tua yang tidak
berdaya itu. Wanita itu ditinggalkan sendirian setelah dilanggar oleh sebuah lori kontena yang laju.
" What?...apa dah jadi ni. Kenapa nenek ni jadi macam ni? kiera...kita tinggalkan je lah nenek ni kat
sini. Nanti adalah orang yang datang selamatkan dia. cepatlah...akak dah lambat ni. Lagipun nanti habis
kotor kereta akak kena darah nenek ni." Syakila menggesa adiknya supaya meninggalkan sahaja wanita tua itu.
Dia sudah kesuntukan masa untuk pulang ke rumahnya kerana ada kerja yang perlu dilaksanakan dengan segera.
" Kak ila...kejamnya. macam ni lah... kalau kakak nak balik sangat pergilah. Saya bawa nenek ni pergi
hospital dengan teksi je."kata Syakira kepada kakaknya yang berada di sisinya. Syakila pula meneruskan
perjalanannya untuk pulang ke rumah orang tuanya kerana sudah seminggu dia bercuti di rumah neneknya di kampung.
Beberapa minit setelah kereta BMW bewarna biru itu berlalu datang sebuah teksi. Syakira menahan
teksi itu lalu mengarahkannya ke hospital.
****************************************************************************

Di hospital...

" Nenek...nenek..." Syakira mengejutkan wanita tua yang ditolongnya itu. Sudah semalaman dia berada di hospital
itu untuk menjaganya memandangkan keluarga nenek tua itu tak dapat di hubungi.
Wanita tua itu menggerak-gerakkan tangannya sambil menyebut sesuatu. Perkataan yang keluar dari mulut wanita tua itu
tidak dapat difahami maksudnya. Syakira memaklumkan kepada doktor tentang wanita itu telah tersedar. Doktor mengarahkannya
keluar daripada bilik untuk membuat pemeriksaan kepada wanita tua itu.
Syakira mendail nombor yang tertera pada kertas yang dijumpainya di dalam dompet wanita itu. Sejak semalam dia mendail tetapi
masih tidak berjawab. Setelah beberapa ketika...
" hello...assalamualaikum" syakira memberi salam apabila talian dapat disambungkan.
" waalaikumussalam. Boleh saya tahu siapa yang bercakap?" kedengaran suara seorang jejaka yang menjawab panggilannya.
" maaf... saudara. Saya Syakira. Boleh saya tahu apa hubungan saudara dengan wanita yang bernama Faridah binti Mamat?" tanya Syakira.
" oh, dia nenek saya. Sejak semalam saya menunggunya pulang. Dia kata dia nak ke kampung sebelah. Kenapa Cik? " tanya
pemuda itu dengan lagak cemas.
" Sebenarnya nenek saudara terlibat dalam kemalangan. Sekarang dia berada di hospital. Encik segeralah datang ke hospital ."
" Apa? baiklah cik saya datang sekarang." setelah mematikan handsetnya, dia terus menuju ke hospital dengan menaiki kereta buruk
arwah datuknya
Setelah keadaan nenek stabil, doktor membenarkan Syakira masuk untuk melawat.
" Nenek... dah sihat ke?" tanya Syakira.
Nenek Idah menganggukkan kepalanya sambil menggamit Syakira supaya berada di sisinya. " Terima kasih cu. kalau cucu takde tak tahulah apa yang akan terjadi. nama cucu ni siapa?"
" Nama saya Syakira. Nenek boleh panggil saya Kiera. Saya dah panggilkan cucu nenek. Sekejap lagi dia sampai. Nenek tinggal kat mana?"
" kat Kampung Mawar." jawab nenek Idah.
" Oh..nenek saya pun tinggal kat Kampung tu juga. Nenek kenal tak nenek pah? itulah nenek saya." beritahu Syakira.
" oh...itu nenek kamu?. nenek kenal benar dengan nenek kamu tu. Orang gelar dia Che Tipah. Orangnya pula rancak dan peramah. Ramai yang suka pada nenek kamu tu."
Syakira tergelak mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek idah tentang neneknya yang terlalu peramah itu. Sedang dia leka bercakap dengan Nenek Idah, tiba-tiba dia terdengar pintu bilik wad terkuak. tersembul wajah tampan seorang lelaki yang memasuki kamar itu. Lelaki itu memberi salam kepada Syakira dan neneknya. Syakira menjawab salamnya di dalam hati. selang beberapa ketika dia meminta diri untuk pulang ke rumahnya.
" nek...saya dah nak pulang ni. Mungkin saya dah tak sempat nak melawat nenek esok sebab saya nak pulang ke rumah ibubapa saya malam nanti. nenek jaga diri ye." pesan Syakira kepada nenek idah.
" rumah orang tua kamu kat mana?" tanya Nenek Idah.
" kat Kuala Lumpur. kenapa nek?"
" oh, nenek lupa yang nenek kamu ada cakap anaknya tinggal di kuala lumpur. kamu ni anak Datuk Hashim kan?"
" iye nek. Kalau macam tu ayah kamu kenallah dengan Datuk..."belum sempat Nenek Idah memberitahu percakapannya dipotong oleh cucunya, Izham.
" nek...nenek kan masih sakit, tak boleh banyak bercakap. Takpelah biar saya yang teman Cik Syakira kita ni ke depan. Nenek tidurlah ye." Izham tidak mahu neneknya memberitahu bahawa dia juga anak orang yang berpangkat. Sebenarnya Izham ialah cucu angkat Nenek Idah. Dia bermalam di rumah nenek angkatnya untuk melepaskan tension setelah habis belajar dalam bidang perniagaan di universiti luar negara. Dia juga bakal menggantikan papanya sebagai ceo Syarikat Megah Holdings.
Mereka beriringan keluar daripada hospital...
" em...kiera, saya nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak kat awak kerana telah membantu nenek saya. Saya harap kalau awak ada masa datamglah ke teratak nenek. rumah kami sentiasa terbuka untuk orang yang baik hati seperti awak."
" sama-sama. ok lah...kalau nak apa-apa awak call saya. Saya akan sentiasa menunggu panggilan daripada awak. Awak kerja kat mana?"tanya Syakira.
" kat Kuala Lumpur. Lagi seminggu saya pergi la. saya bawak nenek sakali."
" eloklah tu. bolehlah awak bertandang ke rumah saya. Ini dia alamatnya." kata Syakira sambil menyuakan sekeping kad kepada Izham. setelah mengucapkan salam dia berlalu pergi.
***********************************************************************************
Bab 2
Ding! Dong!

" Bibik...!!! pergi tengok siapa kat luar tu. Mengacau betullah. huh..." Syakila mengarahkan pembantu rumahnya untuk melihat tetamu yang datang bertandang.
`ish...dahlah hari ni hari minggu. Orang nak luangkan masa kat depan tv pun tak boleh' Syakila segera berlalu ke tingkat atas untuk menyambung kerjanya yang terbengkalai tadi.
"Maaf dong...bapak dan ibu berdua mahu ketemu siapa ya?" tanya bibik dalam loghat indonesianya.
" Bik...di sini rumahnya Cik Syakira ke?"Tanya Izham
"iya...kok bapak ni siapa?"
"Saya kawan dia."
"Oh...kalau begitu silakan masuk... saya panggilkan nona ya."
Bibik membuka pintu rumah majikannya. Dia mempersilakan Izham dan Nenek Idah untuk ke dalam rumahnya.
TOK!!!TOK!!!
" NON KIera..."
Daun pintu terselak. Terjengul seorang perempuan yang berambut panjang mengurai.
"iya bik... kenapa panggil saya?"
"itu non...ada tetamu di bawah. Katanya dia kawan non dari kampung."
"oh ok. sekejap lagi saya turun."
Syakira segera mencapai tudung yang tersangkut di dalam almarinya. Dia mematikan laptop yang digunakannya tadi. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada kenalan internetnya. Dia segera menapak turun ke bawah untuk melayan tetamu yang hadir.
"Nenek...Izham bila sampai."
Syakira bersalaman dengan Nenek Idah dan berpelukan melepaskan rindu. hampir setengah jam mereka berbual. Nenek Idah sudah beransur sihat. Izham hanya memerhatikan neneknya yang rancak berbual dengan Syakira. Dia malas mahu mencelah. Memandangkan perbualan mereka lama lagi, Izham meminta diri untuk keluar. Dia mengambil angin di luar. Dia tertarik untuk ke kolam renang yang besar di sebelah taman dalam perkarangan rumah banglo itu. Izham duduk bertenggek di atas bangku di tepi kolam.
"Woi!!! Kau siapa???" Syakila menjerit meminta tolong.
Izham yang terkejut akibat disergah sebegitu segera menekup mulut Syakila. Syakila meronta-ronta kelemasan."Lepaslah...kau ni siapa?" tanya Syakila bertalu-talu.
Segera dilepakan pegangannya kepada Syakila.
"Maaf, saya Izham. Kawan Syakira dari kampung. Hari tu dia dah tolong nenek waktu kemalangan. Cik ni siapa?" tanya Izham.
"ok! Aku Syakila, panggil Ila je. Aku kakak dia. Kau ni
bersambung.....................

No comments:

Post a Comment