WELCOME TO MY BLOG~ FOLLOW AND LEAVE A COMMENT

Saturday, February 20, 2010

Sampaikan hasrat

Alkisah, tersebutlah kisah seorang remaja perempuan bernama Suraya yang tinggal bersama neneknya di sebuah kampung perdalaman. Ibu dan bapanya tinggal di Kuala Lumpur. Suraya merupakan anak tunggal Datuk Mustafa dan Datin Azmah. Hubungan mereka agak renggang kerana mereka jarang pulang ke kampung untuk menjenguk anak mereka.

Pada suatu malam yang sunyi, di sebuah pondok…….

“Su….”terdengar satu suara yang lemah memanggil Suraya. Dengan pantas Suraya bergegas meluru kearah suara itu.

“ya.. nek!”ucap Suraya sambil bersimpuh di sebelah neneknya yang terbaring lesu di atas katil usang milik neneknya.

“Suraya.. kalau nenek dah tak ada nanti, nenek mahu kamu menjual rumah dan tanah belakang rumah tu. Nenek nak kamu sedekahkan kepada rumah kebajikan di hujung kampung tu ya”

“ Nenek… apa yang nenek cakapkan ni?”

“ Ne..nenek rasa dah sampai masanya nenek pergi. Jaga diri kamu baik-baik ya cu.” Kata nenek sambil menekan-nekan dadanya menahan sakit.

“nenek….” Panggil Suraya berkali-kali, tetapi tubuh itu telah kaku dan dingin.

“NENEK….”jerit Suraya sekuat hatinya.


Keesokan harinya, selepas pengebumian jenazah………

“Suraya… mama nak cakap sikit dengan su boleh tak?”kata Datin Azmah sambil mendekati Suraya dan mengusap kepala anaknya itu.

“Emm..”jawab Suraya dengan semyuman paksa di bibir.

“Esok, mama dan papa dah nak balik Kuala Lumpur. Suraya ikut mama ya”

“Tapi ma…”

“Dah..dah..tak ada tapi-tapi lagi. Sekarang mama nak anak mama tinggal dengan mama mulai hari ini. Sayang tak payah risau pasal sekolah. Mama dah daftarkan nama Suraya.”

“Baiklah mama…”

“Wah, rancak nampak …” Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang masih segak walaupun umurnya sudah mencecah 50-an.

“Oh..bang ingatkan siapa tadi. Jomlah join sekali”ajak Datin Azmah.

“Eh..Suraya nak ke mana tu. Duduklah dulu berbual dengan papa dan mama.”kata Datuk Mustafa sambil pandangannya dihalakan kearah Suraya.

“Takpe lah pa… Suraya nak kemaskan pakaian yang nak dibawa ke sana nanti.”kata Suraya sambil berlalu pergi.

Datuk Mustafa dan Datin Azmah berpandangan………………….





“Hah..Suraya, kita dah sampai dah”kata mama.

Suraya terpegun melihat rumah banglo tiga tingkat di hadapannya itu yang diberi nama “Mahligai Suraya”. Lantas dia bertanya mamanya tentang nama rumah itu. Mama beritahu Suraya bahawa dia memberi nama itu kerana ketika papa membeli rumah itu, mama sedang melahirkannya.

“ Jomlah Suraya kita masuk ke dalam. Jangan malu-malu ini kan rumah Su jugak”

“A’ah Su jomlah nanti papa kenalkan Suraya dengan bibik dan Mak Jah.” “em..Pak Mat tolong ambil beg dalam kereta ya!”arah Datuk Mustafa kepada driver nya.

“Baik Datuk.”ucap Pak Mat sambil berlalu.

“ Mak Jah, bibik kenalkan ini anak saya Suraya. Dia sekarang di Tingkatan 3. sebelum ni, dia tinggal di kampung bersama neneknya”jelas Datin kepada dua orang maid nya yang kelihatan kehairanan.
Sebaik sahaja Datin Azmah memperkenalkan siapa Suraya kedua mereka tersenyum kerana persoalan di benak mereka sudah terjawab. Lalu…

“Oh…ini anak Datin”jawab mereka serentak.

“Mak Jah, tolong bawa Suraya ke bilik ya… saya nak keluar dengan datuk sekejap.”

“Suraya, mama pergi dulu ya”lalu meninggalkan Suraya bersama dua orang orang gajinya.

“Cik Suraya jom Mak jah bawa ke bilik”kata Mak Jah sambil membimbit beg Suraya ke atas.

Suraya membantuti langkah Mak Jah ke atas di mana terletak biliknya.


Beberapa hari kemudian….di sekolah suraya,

“ Murid-murid, ini saya memperkenalkan murid baru. Namanya ialah Suraya Aznira binti Mustafa. Saya harap kamu semua dapat menyesuaikan diri dengannya” kata Cikgu Izra kepada murid-murid tingkatan Tiga Wawasan.Cikgu Izra menyuruh suraya memperkenalkan dirinya kepada rakan-rakan.

“Assalamualaikum, nama saya Suraya Aznira binti Mustafa. Saya berasal dari Kampung Teluk Saga dan berhijrah ke sini mengikut keluarga saya yang tinggal di Taman Melati. Saya ingin mengucapkan selamat berkenalan kepada anda semua.”terang Suraya panjang lebar.

Suraya bertanya kepada gurunya tentang tempat yang akan didudukinya. Dan akhirnya Cikgu Izra menyuruhnya duduk di sebelah seorang budak lelaki yang terkenal dengan perangai machonya iaitu Izam Amsyar bin Datuk Iskandar. Izam merupakan seorang lelaki yang hensem dan ramai peminat. Dia juga sangat sombong dan belagak,maklumlah anak orang kaya.

Sewaktu Suraya ingin pulang dari sekolah, dia terdengar orang sedang menjerit memanggil namanya lalu,dia berpaling dan alangkah terkejutnya dia apabila terlihat seorang lelaki dengan wajah bengis menikam anak matanya…

“HOI!! Betina, beraninya kau duduk di sebelah aku. Kau tak layak la bodoh. Kau kenal aku siapa? Aku ni anak Datuk Iskandarlah. Kau anak sapa..kot..kot.. anak pengutip sampah tak? Hei, kau mana setaraf dengan aku!” katanya sambil menunding jari kearah dadanya dan ketawa dengan kuat. Sambungnya lagi…

“Tu..kau tengok baju kau tu. Entahkan gosok entahkan tidak” katanya sambil menunjuk kearah baju suraya yang sudah lusuh itu.

Berdesing telinganya mendengar segala sindiran dan ejekan itu. Suraya tidak mengendahkan ejekan lelaki itu lalu berkira-kira ingin berlalu dan sekali lagi hati suraya di sakiti dan kali ini sindirannya tak dapat tertahan di hati lantas suraya membidas semula apa yang dicakapkan oleh lelaki itu.

“HEEII kau!!!’ Tenking suraya dengan kuat. “kau ingat aku teringin sangat nak duduk sebelah kau ke? Itupun Cikgu Izra yang suruh aku duduk kalau tak sampai mati aku tak akan duduk di sebelah kau…dan satu lagi, yang kau kata harta kau banyak tu pun ianya bukan harta kau, itu harta ‘BAPAK’ kau. Oh ya…sebelum terlupa, kau tu bukannya hensem sangat. Jika nak dibandingkan dengan tapak kasut aku, tapak kasut aku lagi hensem daripada kau.”bidas suraya sambil mengayuh basikalnya untuk berlalu pergi.

Kejadian itu telah membuatkan sekolah itu gempar.

Sambil termanggu-manggu,Izam bersuara di dalam hati “Eh, boleh tahan leser jugak mulut minah ni. Aduh! Malunya aku ramai orang tengok tadi. Jatuhlah reputasi aku selama ini. Tengoklah perempuan, aku akan buat kau terkeluar dari sekolah ni” dengan azam yang membara, Izam berlalu pergi.



Beberapa bulan kemudian………..


“Aduh, sakitnya kepalaku!” kata suraya sambil menekan-nekan kepalanya yang tiba –tiba berasa berat itu. Tiba-tiba suraya jatuh pengsan.

Suraya di bawa ke bilik rawatan di sekolahnya. Pulang daripada sekolah, Suraya ke klinik berhampiran dan doktor mengesahkannya bahawa dia ada kanser Otak di tahap kritikal. Suraya pulang ke rumah. Hatinya terasa mahu pecah apabila dia disah kan menghadapi kanser.
Ibubapanya sentiasa sibuk dan tak pernah meluangkan masa bersamanya. Suraya terasa sunyi yang amat sangat. Hanya sebuah diary yang dapat menemaninya dan tempat untuk dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Dear diary,
Khamis, 1 jun

Hari ini aku pengsan di sekolah. Aku pergi ke klinik apabila aku pulang dari sekolah dan doctor mengesahkan aku mendapat penyakit kanser otak. Aku pulang ke rumah dan mendapati ibu bapaku tiada di rumah.. mereka terlampau sibuk sehingga tidak memi9kirkan aku langsung. Adakah aku ini hanya tunggul saja di rumah yang tidak dapat perhatian daripada mereka. Namun, aku redha dengan ketentuan ilahi.. berdasarkan laporan yang aku terima, jangka hayatku cumalah untuk sebulan lagi.. sempatkah aku menerima kasih saying orang tuaku dan sempatkah aku untuk menunaikan wasiat daripada nenekkuitu?

Suraya aznira binti mustafa

Suraya akhirnya terlena sambil mendakap diarinya.


Semasa di sekolah…..

Ketika Suraya melalui sebuah lorong kecil, dia terdengar suatu suara yang tidak asing bagi dirinya. Ya.. itu ialah suara Izam dan rakan- rakannya. Mereka merancang untuk mengeluarkan suraya daripada sekolah itu. Detik itu memang tidak lama lagi.




Suraya telah mempersiapkan dirinya untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Dia telah menyiapkan dua helai surat untuk diberikan kepada mama dan papanya dan satu lagi kepada jejaka yang selalu mendendaminya iaitu Izam. Selesai menulis surat itu, tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut dan akhirnya dia pengsan.


“Suraya…suraya .. bangun sayang mama ada kat sini ni.”kata mama nya sambil menangis memeluknya erat bagai tak mahu dilepaskan.

“Kenapa sayang tak beritahu yang sayang ada penyakit kanser? Mama tahu, mama dan papa telah abaikan Suraya selama ini. Mama dan papa nak minta maaf dengan Su. Maafkan mama ye.”

“Su..su.. dah lama maafkan mama dan papa. Boleh tak kalau su buat dua permintaan?”

“Apa dia su?”

“Su..su nak mama berikan surat yang su tulis dalam laci meja bilik su tu kepada kawan su iaitu Izman. Yang kedua Su nak sangat peluk mama dan papa ,boleh kan?”

“Boleh su!” serentak mereka menjawab.

“Terima kasih mama,papa.” Perlahan-lahan sepasang mata itu terpejam rapat dan tubuh itu menjadi kaku.

“SURAYA!!!!!!” terdengar jeritan kuat daripada Datin Aznah dan Datuk Mustafa.



15 jun, khamis………

Kepada bonda dan ayahanda yang anakanda sayangi,

Mungkin pada hari ini, ketika bonda atau ayahanda membaca surat ini, anakanda sudah tiada lagi di bumi yang indah ini. Bonda, maafkan anakanda kerana merahsiakan tentang penyakit anakanda ini. Anakanda tahu anakanda bersalah, tetapi tolong maafkan anakanda dan tolong halalkan makan minum yang bonda berikan kepada anakanda.
Ayahanda, maafkanlah anakanda ini. Satu permintaan yang nenda minta tidak anakanda kabulkan lagi. Anakanda harap sangat kalau ayahanda tolong sempurnakan hajat nenda yang tidak kesampaian itu. Ayahanda tolonglah jual tanah pusaka yang berada di belakang rumah nenda dan sedekahkannya kepada rumah kebajikan di hujung kampung itu. Ayahanda tolong menyelesaikannya dengan secepat mungkin supaya roh nenda aman di sana. Itulah harapan anakanda yang terakhir. Wassalam.

Suraya

“Hah, saat yang ku tunggu-tunggu sudah tiba. Hari ini, aku akan pastikan dia akan dibuang sekolah. Tapi, aku berasa pelik kerana dia sudah tiga hari tak datang sekolah” Izam tertanya-tanya sendiri.

“Izam!” panggil Cikgu Izra dan memberikan sepucuk surat kepada Izam.

Izam kehairanan dan duduk di tempatnya semula sambil membuka sampul surat itu.

“Ehm… sebenarnya cikgu ada berita sedih buat kamu semua. Seorang rakan kita iaitu Suraya Aznira telah menghadap ilahi pada dua hari lepas. Saya nak kamu semua menyedekahkan al-fatihah untuk arwah.” Kata cikgu izra cuba menahan sebak.

Izam yang mendengar berita itu seakan tidak percaya. lebih-lebih lagi dia menerima sepucuk surat dari suraya.


Kepada Izam,

Maaf kerana telah menyakitkan hati awak hari tu. Sekarang saya sudah turut kata awak untuk meninggalkan sekolah ini. Tetapi, sekarang saya bukan sahaja meninggalkan sekolah ini,bahkan dunia ini juga. Saya dah tahu rancangan awak dan kawan-kawan awak,tetapi saya buat seperti tak tahu kerana saya yakin sebelum awak halau saya dari sekolah ini,saya telah pun terlebih dahulu meninggalkan sekolah ini. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya. Wassalam.

Suraya,


Sesungguhnya,kita mestilah iklas dan menilai seseorang itu dengan lebih mendalam agar kita tidak merasa bersalah. Sayangilah seseorang itu,dengan sepenuh hati sebelum dia pergi meninggalkan kita.

1 comment:

  1. hahaha....nie cerpen pertama saya!!!!
    baru cuba2 nak menulis....time ni sy form2...
    hak3

    ReplyDelete