WELCOME TO MY BLOG~ FOLLOW AND LEAVE A COMMENT

Thursday, August 19, 2010

ermmmmm

"Hiera, aku minat giler la kat mamat tu...nak buat camne ek?" tanya Suzi. Meminta pendapatku tentang lelaki yang dia gilakan sangat tu...

"Err...kau ni gatal betul...kalau dah nak cakap je la, pe susah???"Aku jelik melihat perangainya yang cam ade gedik sikit tu.

"hei...kau gila? mana ade perigi mencari timba..."Suzi memuncungkan mulutnya empat depa. Aku melihat mulutnya yang muncung itu sambil ketawa...huh! kalaulah aku ade tali sekarang ni akan kuikat mulutnya itu.

"oklah...camni, ape kata kau tulis surat kat mamat tu. pastu aku tolong paskan. Lagipun aku tahu mamat tu kelas mana...budak kelas kakak aku tu..."cadangku. Aku tak rasa dia akan menulis surat tu...kalau dia ikut juga cadanganku memang muka dia tahap bontot kuali la....

Sangkaanku meleset apabila..." Eh!! bagus betul cadangan kau Ra...Kau sanggup tolong aku, ni aku sayang kau ni...."ujarnya sambil mencium pipiku bertubi-tubi. Aduhai!! memanglah pompuan sekor ni muka tak tahu malu. 

Petang itu aku menjalankan misi yang kikira sangat bodoh itu...
Tu la kau Heira, masa bagi cadangan tak fikir sume tu...
`Ah, persetankan semua...mulut cabul, badan binasalah beb.'

Aku masuk ke kelas 5 Murni yang sunyi itu...ermm...kemas jugak kelas ni...kalau nak banding dengan kelas aku jauh sangat la...
Aku tercari-cari dimana tempat Abang Hafiz yang diminati oleh rakan baikku, Suzi.
Aku selongkar semua meja di dalam kelas itu dan..tiba di sudut kelas di barisan hadapan belah kiri aku terjumpa tempatnya...
itupun berdasarkan buku latihan yang ditinggalkan di bawah mejanya...
Aku meletakkan surat itu di bawah meja Hafiz. Aku segera melangkah keluar sebelum ade sesiapa yang melihatku...
************************************************************

"Adik...nak tahu tak tadi Hafiz ade meluahkan perasaan dia kat akak la...kalau menurut adik boleh tak akak terima?" tanye Kak Fara.
Aku terkesima seketika...Aish! camne nie??? Suzi minat kat Hafiz...tapi hafiz minat kat akak. Camne kalau Suzi tahu yang akak aku kapel ngan abang Hafiz. Adoi! pusingnyer....
"erm...kak Fara, why not u think first. I don't think that he sinclere with u." aku sengaja membolak-balikkan hatinya untuk menerima Abang hafiz.
"Tapi...akak tengok dia macam betul2.."
"Akak... orang lelaki memang begitu. Tak boleh diberi muka sangat nanti dia naik minyak!" aku memotong percakapannya.
Aku melihat wajah kakakku muram saje. Aku kasihan melihatnya tapi apakan daya, aku dah berjanji untuk menolong rakanku Suzi untuk mendapatkan cinta Hafiz.

"Hei...kakak...janganlah buat wajah macam tu...eira tak suke tau. Akak tahu tak Abang Faez dah lama suke akak. Dia yang lebih lama berteman dengan akak sebelum si Hafiz tu pindah sini. Akak lebih baik terima aje abang Faez." Aku mula cucuk jarum...minta2lah akak aku nie terima...

Aku lihat dia mengangguk lemah!! Mungkin sedang berfikir tentang idea aku tadi...

**********************************************************************


"woi! Iz...kau ni kenapa? Demam,ek?" ujar Umar sambil tangannya diletakkan di dahi Hafiz.

Hafiz menepis tangan Umar yang gatal tu.
"Takdelah... aku frust sangat nie."ujar Hafiz dengan suara yang lemah longlai. Dia tiada semangat langsung untuk belajar hari ini.

"Lorh!!! kok gitu sih???" Umar menyahut sambil berbahasa indon sekadar mahu menggembirakan hati temannya yang gundah-gulana.

"kau tahu tak cinta aku ditolak mentah-mentah oleh Fara. Aku rasa mesti ade sesuatu yang menghalang dia daripada menerima cintaku." Hafiz menekup mukanya dengan Buku teks sejarah yang dipegangnya dari tadi. Dia teringat bagaimana Fara menyatakan bahawa dia sudah mempunyai pacar dan meremukkan hati mudanya.

"Alah, kau janganlah fikirkan sangat pasal tuh!! Owh! semalam, masa pulang dari kelas tambahan aku ternampak Heira masuk kelas kita. Aku tengok kat tangannya ade sepucuk surat. Aku mengintailah balik pintu. Dia macam letak surat tu kat bawah meja kau. Cubalah kau tengok." Arah Umar kepada temannya.

"Oh, surat tu...aku dah bace dah. Biasalah, selama nie pon aku dah terima banyak surat rahsia. kata nak kenallah, nak ajak kapel pon ade. Malaslah aku nak layan. Anyway, Hiera tu sape?"tanya Hafiz.

"~oho~ laku bangat temanku ini...hehe..Adoi, kata nak mengorat kakak. Kalo nak mengorat seseorang tuh kenalah tahu siapa keluarga dia. Heira tuh adik Fara. Eh, apa yang dia tulis dalam surat tu?" tanya Umar tidak sabar-sabar nak tahu. Sebenarnya, tujuan dia ke tempat Hafiz adalah untuk mengetahui cerita di sebalik surat yang dihantarkan Heira.

" Lorh, patut pun selama ni aku tengok Fara rapat dengan sorang budak tu. Mana aku tahu budak tu adik dia. Tapi, dalam surat tu budak tu meluahkan perasaannya kepadaku. Alamak, parah nie!"Hafiz menekan-nekan dahinya yang tiba-tiba pening itu.

"Ok lah tu Bro. Sekurang2nya tak dapat kakak, dapat adik pon jadilah ye." ujar Umar sambil menepuk belakang Hafiz sebelum berlalu pergi.

'Oh, aku sudah tahu segalanya. Mesti dia yang menyebabkan Fara tak mahu menerimaku. Takpe Heira. Kau tunggu balasannya.'Jelas hatinya kini berdendam dengan seorang hamba Allah yang bernama HEIRA!
***************************************************************
Sudah sebulan aku menjadi posmen tidak bertauliah rakanku Suzi. Masih lagi kami tidak mendapat jawapan. Sampailah suatu hari, suzi menyatakan bahawa dia ingin berpindah sekolah kerana terpaksa mengikuti keluarga ke tempat lain. Setelah dia berpindah, aku tidak lagi menjadi posmennya. Aku masih lagi tertanya-tanya apa yang ditulis oleh Suzi dalam surat2 yang aku jadi penghantarnya.

Aku melangakah ke kantin sekolah untuk mengisi perutku yang lapar. Aku terburu-buru membeli makanan memandangkan waktu rehat hampir tamat. Tiba-tiba aku terlanggar seseorang...`ops! sori.' ujarku tanpa memandang mukanya. Aku mengutip buku yang berataburan di lantai. Aku pelik melihat dirinya yang tidak berganjak setelah aku menyerahkan buku-bukunya.
Aku mengangkat mukaku memandangnya. Dup Dap Dup Dap!!!! jantungku rancak bergerak...
`sebanyak2 orang kenapalah aku terlanggar dia.' aku menyalahkan diriku yang tak pandang orang ketika berjalan. Terus menonong sahaja. Aku terus berlalu tanpa mengucap apa-apa. Ah! malu...
`eh, kejap! Kenapa harus malu. Bukan aku suke kat dia pon. Surat tu pon aku tukang hantar je. Atau dia dah tahu tentang surat tu? Ya Allah, janganlah dia tahu.'Hatiku berbisik.
***************************************************************

Awal-awal lagi aku sudah terpacak di kelasku. Sebagai seorang pengawas aku harus sentiasa awal ke sekolah. Hari ini aku terpaksa berjaga di kelas kakakku.
Aku segera ke kelas kakakku setelah loceng berbunyi. Para pelajar diminta beratur di hadapan kelas masing-masing untuk bacaan doa. Semua murid di Kelas 5 Murni sudah keluar melainkan seorang mamat yang asyik lena tidur di dalam kelas. Aku menapak ke dalam kelas dengan tujuan menyuruhnya beratur.

Aku mengetuk-ngetuk mejanya menyuruhnya bangun. Usahaku hanya sia-sia saje. Dia masih lagi buat donno. Tahap kesabaranku kian memuncak. Tiba2 idea datang menyuruhku mengenakannya. Aku capai botol air minuman yang berada di sudut meja lalu menuangkan keatas kepalanya sampai habis...Huhu! puas hatiku, Babil sangat.

"Woi, apa ni? Habis basah baju aku. Bengong tul la." Mulut Hafiz menyumpah seranah Heira. Aku tersenyum sinis memandangnya.
"Padan la dengan muka kau tu. Lain kali boleh tolong berdisiplin sikit? Sekarang anda dipersilakan beratur diluar." Arahku sambil menunjukkan jari telunjukku kearah pintu bilik darjah.

Aku melihat mukanya yang bengang. Kelihatan kakinya masih lagi tidak berganjak. Aku rasa mahu ditarik-tariknya keluar.

Hafiz bangun daripada tempat duduknya. Dia melihat semua rakan-rakan sekelasnya memandang kearahnya dengan pandangan sinis. 'Aduh!malunya. Dahla baju aku basah. Habis semua orang pandang aku. Fara pon nampak cam nak sindir aku jer...eii!!!geramnya aku ngan budak sekor nie...'Jerit hatinya. Kalau menurut hatinya yang geram tu mahu saja dia mencekik Heira di depan sume orang.

Akhirnya, dengan perasaan yang berbaur dia melangkah jua keluar. Hatinya masih satu! dia berazam untuk membalas dendam.
***********************************************************

"Woi! Apa ni?" aku menjerit sambil menolak tubuh Hafiz yang menghimpitku. Air mataku mengalir laju.
Peristiwa sebentar tadi melemahkanku.
"Bodoh! Kau ni kenapa?"Aku menampar kedua-dua belah mukanya. Dia juga kelihatan terkejut dengan perbuatan bodohnya kepadaku sebentar tadi.
"Itu sebagai balasan yang kau memalukan aku di hadapan budak kelasku." ujarnya angkuh.
Aku masih mengesat-ngesat bibirku yang dijamah olehnya sehingga merah.
"Kau tahu kau dah curi ciuman pertamaku? Kau memang tak guna!!!"Aku bertempik kepadanya. Aku menyesal datang ke blok belakang bangunan ini. Aku lalu di sini dengan tujuan mahu menangkap orang yang menghisap rokok. Alih-alih aku yang ditangkap oleh penyangak yang dihadapanku ini.
"Huh! memang malang siapa yang menjadi suami kau nanti. Ciuman pertama sudah dikebas lelaki lain. Anyway, ini bukan salahku. Aku cuma memenuhi permintaan kau yang kau tulis dalam surat tu."ujarnya dengan nada yang bersahaja. Surat? aku tak pernah tulis surat kepadanya. Atau Suzi yang tulis begitu. Aduh! malang nasibku. Aku cuma membiarkan ia berlalu dari situ. Aku menangis dan terus menagis. Maruahku sudah tercalar. Bagaimana harusku tempuhi hidup ini. Selama ini aku terlampau menjaga batas pergaulanku. Ya Allah! maafkan hambamu ini.
***************************************************************
10 tahun berlalu...

Kini aku sudah bergelar seorang doktor. Segala susah-payahku belajar di negeri orang putih itu akhirnya membuahkan hasil. Dek kerana terlampau kuat belajar, aku lupa tentang diriku...kakakku sudah mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihannya...kini tinggal aku yang belum berkahwin...Bukan aku tak mahu tetapi peristiwa sepuluh tahun dahulu membuatkan aku takut untuk menerima insan yang bergelar lelaki dalam hidupku.

"Heira, mummy dan daddy ada sesuatu nak cakap."kata mummy sambil menggenggam tangan daddy. Aku hanya tersenyum melihat ibubapaku.

"Kenapa ni mummy, daddy? Heira ade buat salah ke?" tanyaku. Pelik aku lihat perangai mereka. Tadi elok je aku lihat diorang pergi parti kat rumah kawan dia.

"Tak sayang...mummy and daddy dah berbincang dengan Uncle Man nak satukan kamu dengan anaknya. Anaknya boleh tahan hansomenya. Umur pun tua setahun daripada kamu. Kamu setuju ke?" tanya mummy. Aku tergamam seketika...aduh! macamana ni..


"Dia kerja apa mummy? Boleh ke dia tahan dengan Heira ni? Mummy kan tahu Hiera kerja tak tentu masa. Kalau ade emergency call eira terpaksa korbankan masa kami."jawabku.

"Dia kerja kat pejabat papanya la...bakal take over syarikat Uncle man. Yang itu sayang tak usah bimbang sebab dia jenis yang tak kisah. Untuk kepastian apa kata kalau Heira jumpa sendiri orangnya." cadang mummy. Aku hanya menuruti permintaan mummy. Tak salah kalau kenal2 dahulu orangnya. Kalau tak setuju aku cakap je tak suka.



******************************************************************

Pada hari itu kami berjanji untuk bertemu. Aku menunggu di alam restoran mewah itu. Dia berjanji untuk memakai baju berwarna kuning cair. Aku melihat satiap orang yang masuk dalam restoran itu. Sudah 15 minit aku menunggu. Tiba2 aku disapa dari arah belakang.

"Assalamualaikum." sapa satu suara.

Lantas aku berdiri berpaling kearahnya."waalaikumussalam...Awak?" jelas sekali terdapat nada terkejut dalam bicaraku.

"kecil sungguh dunia... selamat bertemu kembali Heira." ujarnya sambil tersenyum sinis memandangku.

"Hafiz..." jeritku sedikit kuat.

"shh....baik awak duduk diam2. Malu orang tengok."ujar Hafiz.

Aku menghempaskan punggungku ke kerusi empuk itu. Dengan wajah yang masam mencuka aku memandangnya.

Setelah mengambil pesanan dia memulakan bicara.

"Awak setuju dengan rancangan orang tua kita?"tanyanya.

"Bodoh! Awak ingat saya akan setuju dengan ikatan ini? Tak akan pernah berlaku."ujarku sedikit angkuh.


"Hei...sedarlah diri tu sikit. Macamana kalau bakal suami kau tahu yang aku pernah mencium engkau? mesti dia fikir engkau perempuan jalang."ujar Hafiz sinis.

Aku terpempan dengan bicaranya yang bisa. Kelu. Otakku tidak dapat berfungsi dengan lancar.
"Hei... dengar sini. Kau tak pernah berubah. Aku tahu dulu kau ada hati dengan kakak aku. Malang nasib kau sebab kakak aku dah kawen dengan abang Faez. Aku bersyukur sangat kakak aku tak jatuh cinta dengan orang yang suka mencabul hak orang lain."ujarku. Mamat ni memang patut diajar.

"Terserah apa kata kau. Yang penting sekarang aku mengofferkan diri aku untuk kau. Kalau kau mahu maruah kau diselamatkan baik kau setuju kahwin dengan aku. Dan jangan ingat mulut aku ade penapis...silap2 haribulan terbocor....yang malu kau dan keluarga kau. Aku takpe sebab I'm a man!!!!" Hafiz memberi kata2 terakhirnya sebelum mengajak aku pulang.

Aku bingung. Tak tahu bagaimana aku harus lakukan untuk keluar dari situasi ini. Tiba2 aku teringat rakanku Suzi. Dia yang menjebakkan aku dalam kancah masalah ini.



***********************************************************

Tiga bulan berlalu...

Aku kini bergelar isteri kepada seorang lelaki yang sangat aku BENCI dan MENYAMPAH!!!!!

Majlis pada petang tadi amat meriah. Aku terpaksa! Demi maruah keluargaku...itu yang paling utama buatku
Ketukan di pintu menggegarkan jantungku. Setelah selesai menunaikan fardu isyak, aku terus sahaja berbaring. Derap langkah yang kian menghampiriku aku abaikan. Aku pura2 memejamkan mataku. Daripada lirikan mata aku melihat dia membentangkan sejadah dan bersolat. Tenang hatiku mendengar alunan suara yang sayup2 kedengaran di halwa telingaku. Aku terus terlena tanpa menyedari satu apa pun.

"Heira, bangun. Sudah subuh."Dia mengejutkan aku daripada tidur. Aku menggeliat kedinginan. Aku menarik gebar yang menyelimuti tubuhku. Tiba-tiba baru aku perasan yang tiada seurat benang pun yang menyaluti tubuhku melainkan sehelai comforter yang diguna aku semalam. Adakah aku dan dia telah bersatu? Adakah benar aku sudah menjadi isterinya secara rasmi? Aku tidak rela. Aku melihat dia sedang solat subuh bersendirian. Aku terus melompat turun dari katil dan ke kamar mandiku. Air mataku tidak dapat kutahan lagi.


'kenapa aku harus menyesal? Aku isterinya. Dia ada hak atasku. Tetapi, macamana aku harus berdepan dengannya?'Hatiku berbolak-balik.

Semasa aku keluar dari kamar mandi aku lihat dia sudah tiada. Mungkin sudah turun ke bawah. Dunia rasa aman seketika. Setelah solat subuh dan mengemas tempat tidur, aku turun ke bawah dengan tujuan ingin membantu Mak jah~orang gajiku. Belum sempat aku memulas tombol pintu, pintu dikuak dari luar. Terjengul mukanya. Aku pura2 tidak perasan dan berura2 untuk terus berlalu. Tindakannya lebih pantas dariku. Lenganku ditarik dan dibawanya aku ke atas katil.

"Duduk."arahnya. Lagaknya seperti polis pencen.

"Awak nak apa lagi? Tak puas ke semalam awak dah ratah tubuh saya? Awak ingat saya ni apa? Tak boleh awak minta secara baik?" dengusku. Aku memandang tepat ke mukanya.

"I'm your husband. Saya ada hak atas awak. Awak pun dah melukai hati saya semalam. Semasa saya masuk, awak pura2 tidur. Awak tak beri langsung saya peluang untuk bercakap dan berbincang dengan awak."jelas Hafiz.
Riak wajahku berubah. aku hanya menunduk.

"Awak tahu...saya pun tak tahu mengapa saya boleh terima awak sebagai suami saya. Dalam hati saya langsung tak ada rasa cinta pada awak. Saya terima awak sebab saya nak selamatkan maruah keluarga atas perbuatan awak terhadap saya sepuluh tahun dahulu. Kalau awk nak balas dendam kepada saya kerana saya musnahkan cinta awak kepada kak Fara, sebenarnya awak silap. Surat itu sebenarnya bukan saya yang tulis. Suzi, teman baik saya yang minat kat awk sebenarnya. Saya tak tahu apa dia tulis sampai awak sanggup mencium saya pada hari itu.

Saya minta maaf."segera aku berlalu dari situ.

"Heira..."jerit Hafiz tetapi suaranya lekat di kerongkong. Dia rasa begitu bersalah terhadap Heira.



************************************************************

Dua bulan berlalu begitu sahaja...

Kini aku tinggal bersama Hafiz di rumah banglo dua tingkat pemberian papanya. Kami memulakan hidup seperti biasa. Dia dengan kerjanya dan aku dengan kerjayaku sebagai seorang doktor. Aku mula menerimanya sedikit demi sedikit apabila melihat perubahan yang ditunjukkan melalui sikapnya. Aku menyediakan segala keperluannya. Cuma ada satu yang aku tak mampu beri kepadanya... Aku belum bersedia untuk tinggal sebilik dengannya. Dia begitu menghormati keputusanku sehingga kadang2 aku merasa bersalah kerana mengabaikannya.

"Hiera...!!!"laung seseorang dengan kuat. Suaranya bertarung dengan kesesakan di shopping complex ini. Aku tercari-cari arah suara tersebut. Dari jauh aku lihat suzi sedang melambai kearahku sambil menjinjit beberapa buah beg yang berisi beberapa helai pakaian dan alatan make up.

"Suzi... kau dari mana ni? Bila kau datang sini?"Soalku bertalu-talu memandangkan sudah lama kami tidak berjumpa.


"Wah eira. Kau semakin cantik sekarang. Aku tengah shopping dengan hubby aku tadi. entah kemana dia menghilang. Aku dah sebulan pindah sini. Aku berhenti kerja ikut suami kat sini
lagipun aku sekarang sedang mengandung."jelasnya.

"Oh! tahniah... Kalau tak keberatan aku nak belanja kau minum. Jom."ajakku. Aku mahukan kebenaran daripadanya.


Kami ke kafe berdekatan.

"Kau macamana sekarang? Dah kahwin ke? Ke dah ade anak dah? mana hubby kau?" Suzi bertanya tentang halku.
"Suzi...aku sebenarnya dah kahwin dengan HA...FIZ! Aku terpaksa." ujarku. Aku cerita kepadanya apa yang telah terjadi disebabkan oleh surat itu.
Suzi sedikit tersenyum. Dia masih lagi teringat peristiwa yang berlaku sepuluh tahun dahulu. Sebenarnya,

"Hiera, aku sebenarnya nak mintak maaf kat kau sebab surat yang aku tulis itu adalah dengan menggunakan nama engkau. Aku sebenarnya bukan minat kat Hafiz tuh...tapi aku tahu kau selalu curi2 pandang dia kan? Aku tahu kau minat kat dia. Sebab tu aku tulis surat tu. Tapi nampaknya dia sudah salah anggap dengan suratku. Kalau aku tahu yang dia suka kat akak kau aku takkan buat perkara bodoh tuh. Aku sebenarnya takut juga kau buka surat yang aku tulis tuh. Its ok eira. Aku akan terangkan semuanya kepada Hafiz."

bersambung...












No comments:

Post a Comment