WELCOME TO MY BLOG~ FOLLOW AND LEAVE A COMMENT

Friday, February 18, 2011

aku dan dia

Aku sebenarnya bukan pandai sangat bermadah. Kiranya aku ni seorang yang biasa saja. Nak kata lawa bolehla....orang kata muka aku ada cam ala-ala Dato' Siti Nurhaliza gitu. Tapi betul ke? Itu bukan aku kata....orang la yang kata. SO, aku terima je walaupun aku tahu aku lebih cantik dari itu....hehehe( ye ke??? perasaan nya aku....>^_*<)......ok lah, Cerita kisah percintaan aku begini...Alkisah Aiyib~alamak dah macam zaman purba la pulak....ok lah.....bunyinya begini~


"Woi, apa ni tolak-tolak. Sakitlah."ujarku sambil menggosok-gosok bahuku yang ditempuh oleh seorang budak lelaki yang nget-ngot sikit.

"woo...maaf bro...gue tak sengaja. Fuh! alamak sekali muka cam siti nurhaliza la."matanya masih lagi tertancap kearahku. "Woi, kau tengok apa? Muka aku licin lagi tau. Takde sebutir jerawat pun." aku memarahinya.

"Wah...bukan main garang lagi kau ye. Rileks la bro...biar abang jadi Datuk k nya..."jawab lelaki itu sambil mengenyitkan mata kearahku. "Baiklah, aku minta maaf dengan kau. Tapi, nama kau sape? Aku tak pernah nampak pun kau kat sekolah ni." tanya lelaki itu. Air mukanya nampak jernih. Tidak seperti tadi.

"Aku Najihah. Kau boleh panggil aku Jie...Baru je pindah kat sekolah ni.Kau pulak?"tanyaku.

"Najihah, best nama tu...cantik. Secantik rupanya. Aku Faisal. Kau boleh panggil aku apa saja yang kau suka....kalau nak panggil 'sayang' lagi aku suka." jawabnya. Seraya dia meminta diri dari situ.
Aku tertanya-tanya. Siapa lelaki itu? Berani betul dia bergurau denganku walaupun kami baru sahaja kenal. Mungkin dia belum tahu aku siapa. Kalau kat kampung aku dulu akulah samseng. Samseng? perempuan jadi samseng? hahaha~ belum kenal belum tahu.
*****************************************************************************

"Maaf mengganggu. Saya diarahkan untuk menukarkan seorang pelajar baru ke kelas kamu semua. Harap kamu semua boleh mengenal antara satu sama lain." Aku diarahkan untuk menukar kelas ke kelas 5 Cempaka. Semua yang ada di situ tersenyum melihatku. Aku membalas senyuman mereka.
Baru aku perasan yang budak-budak kelas 5 cempaka duduk berpasang-pasangan. Aduh! camne dengan aku ni. Siapa insan yang bertuah untuk bergandingan denganku di dalam kelas tu.

"Najihah...awak boleh duduk di sebelah Faisal. Murid perempuan itu baru sahaja berpindah. Awak boleh duduk di sebelahnya." ujar Guru Matematik itu.
'Hah! sebelah dia? Haiya...sudah nasib badan la.'Aku terpaksa juga melangkah kearahnya. Sempat lagi aku menjeling sengihannya yang seperti kera busuk tu.
Loceng berbunyi menandakan masuknya waktu rehat. Murid-murid berduyun-duyun ke kantin.

"Woi siti ops maaf Jie jom la pi rehat. Hari ni aku belanja kau sebab kau dah jadi partner aku dalam kelas." ujarnya sambil tangannya melingkari bahuku.
Segera aku tepis tangannya." Behave yourself ok. Kita bukan mahram. Kau pergilah rehat sensorang. Aku tak lapar. Lagipun tak hingin aku nak rehat dengan penyangak gatal macam kau ni. Baik aku bace buku sejarah. Boleh tingkatkan pengetahuanku."

"Mak aii...rajinnye kau. Kau rajin sangat ye...."ujarnya sambil tersenyum sinis memandangku.
Segera dirampas buku yang aku baca lalu berlalu dari situ.

"Woi bangsat, bak la balik buku aku." jeritku namun tiada gunanya kerana dia telah berlalu dari situ. Aku hanya termanggu-manggu.

bersambung...... 

1 comment:

  1. knp smua cerita yang awak karang ni byk yg bersambung?? sepatutnya cerpen tak bersambung macam novel
    .

    ReplyDelete