WELCOME TO MY BLOG~ FOLLOW AND LEAVE A COMMENT

Friday, June 17, 2011

Salahkah diri ini memujanya? Walaupun dari jauh, tetapi hati ini begitu puas. Biarkan begitu. Kalau diturutkan hati ini pasti akan mati. Aku tahu cinta tak semestinya memiliki. Aku cinta dia tetapi mustahil untukku memilikinya. Aku sedar siapa diriku yang sebenar. Aku hanya budak kampung yang kolot. Walaupun keputusan spm aku boleh dikira cemerlang dengan mendapat 7A dan 2B, tetapi ibu dan ayah tak dapat menanggung pembiayaanku di universiti. Akhirnya, aku menangguhkan pengajianku. Aku menolong ibuku menjual kuih di warung manakala ayah menuai padi di sawah. Adik-adikku semuanya masih bersekolah. Umurku juga baru mencecah 19 tahun. Masih lagi mentah tetapi perwatakanku amat berbeza dengan mana-mana gadis yang seusiaku.
"Suhailia."panggil ibuku, Mak Mah. Tanganku yang sedang ligat melipat kain serta-merta terhenti. Aku merenungnya tanda meminta penjelasan sambil memberikan senyuman. "Tadi, keluarga Pak Long kamu datang merisik kamu. Untuk anaknya Azlan. Kamu terima tak?" tanya ibu.
Aku hanya termenung sendiri. Kenapa dengan Azlan bukan dengan Hazim? Sungguh! aku mengharapkan pinangan itu datang daripada Hazim. Aku cintakan Hazim, sepupuku itu lebih rapat denganku sewaktu kecil. Kini dia telah meninggalkanku untuk ke luar negara.

"Mak, Su bukan tak nak terima. Tapi, Suhailia belum bersedia. Lagipun Su masih lagi ingin belajar. Su nak simpan duit untuk ke universiti. Lepas tu, Su boleh membiayai adik-adik. Mak...tolonglah, Su memang tak ngam dengan Azlan. Dia pun benci dengan orang kampung macam kita ni. Maklumlah tinggal di bandar, kerja sebagai pengurus dan bila-bila masa sahaja akan mengambil posisi pak long. Su tak nak nanti orang-orang sekeliling dia memandang rendah kepada Azlan kalau dia menikahi orang kampung macam Su."aku memang tahu benar sikap Azlan iaitu abang kepada Hazim yang tujuh tahun lebih tua dariku. Walaupun adik-beradik perwatakan mereka tidak sama. Hazim merupakan seorang yang merendah diri dan menghormati orang tua manakala Azlan seorang yang sangat ego dan 

No comments:

Post a Comment