WELCOME TO MY BLOG~ FOLLOW AND LEAVE A COMMENT

Tuesday, July 19, 2011

Penantian sebuah kebahagiaan 2

"REEN!" 

"REEN!"

"FAZREEN ZULAIKHA BINTI RAHMAN!"jerkah Ustaz Adam telah menggemparkan seluruh kelas dan sekaligus mematikan lamunan Fazreen.

Fazreen terpinga-pinga sambil menegakkan badannya. Mata ustaznya yang menyinga itu ditatapnya dengan perasaan takut. 

"Bangun. Awak mengelamun ya?"tanya Ustaz muda itu.

"Tak...tak ustaz."jawabku takut-takut. Aduh! mati aku kalau ustaz tahu aku betul-betul mengelamun.

"Baiklah...cuba awak berikan maksud Talak."Ustaz Adam menanayakan soalan kepada Fazreen. Dia tahu anak muridnya itu pasti tak boleh menjawab persoalannya.

"err...Talak maksudnya...ce..cerai."aku cuba sedaya-upayaku untuk mengingati apa yang aku pelajari tadi tetapi hampa. Aku langsung tak boleh mengingatinya.

"ok...berikan maksud istilahnya?"tanya Ustaz Adam itu lagi.

"err...ta..talak ialah...ermm...."aku memang tak boleh jawab.

"Baiklah...awak terus berdiri sampai ingatan awak kembali. Halim, cuba berikan maksudnya?" tanya Ustaz Adam kepada Halim pula. 

Dengan lancarnya Halim memberikan maksudnya. Akhirnya sampai habis waktu aku terpaksa berdiri sewaktu mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. 'Huh! Ustaz tu harapkan muka aje hensom tapi garang macam singa.' rungutku dalam hati.


   "Hoi, Reen. Apa yang kau fikirkan tadi?"tanya Nadia, sahabat baikku yang aku anggap sebagai kakakku sendiri. Suasana di kantin yang bising itu menyukarkan aku mendengar butir katanya.

"Apa? Aku tak berapa nak dengar lah. Jom, kita ke tempat lain.


No comments:

Post a Comment